Top Blogs

Thursday, July 11, 2013

Home » » Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta

Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta

imagePelakon Malaysia yang kini telah menetap di Indonesia, Ashraf Sinclair kini

mencuba bidang yang tidak asing baginya iaitu perniagaan.

Suami kepada pelakon terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL) itu kini bergelar pemilik restoran TGI Friday’s (TGIF) di Kemang, Jakarta Selatan.

“Setelah CEO Chaswood Group, Andrew mahu membuka cawangannya di Indonesia, kami bergabung dan menjadi rakan kongsi,” tutur BCL di majlis pembukaan restoran tersebut.

Pengalaman Ashraf menjadi titik tolak dia untuk membuka perniagaan berasaskan makanan dan tawaran yang diterimanya dari Andrew membuatkan dia bersetuju untuk bekerjasama.

“Saya pernah bekerja sebagai pelayan di TGIF. Malah mempunyai pengalaman untuk mengendalikan soal makanan sehingga bahagian pengurusan,” kata Ashraf.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...