DENGAN kekayaan yang dimiliki sekarang, Jennifer Lopez mampu
memiliki apa-apa sahaja yang diinginkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu
kehidupan remaja penyanyi itu tidak seindah sekarang
.
Menurut laporan contact music, penyanyi lagu Dance Again itu mendedahkan ketika di zaman remaja, dia hidup gelandangan dan sering menghabiskan waktu malamnya di sebuah studio tarian.
Pergaduhan dengan ibunya, Guadalupe Rodriguez, yang mahu dia
melanjutkan pelajaran membuatkan dia nekad untuk keluar dari rumahnya di
The Bronx, New York.
"Ibu dan saya saling bertelingkah kerana saya tidak mahu belajar dan ingin menjadi penari sepenuh masa.
"Kerana itu saya keluar dari rumah dan tumpang tidur di studio
tarian. Saya berkata kepadanya (ibu) bahawa inilah yang saya inginkan.
Beberapa bulan kemudian, saya mendapat tawaran kerja di Eropah,"
katanya.
Tambah Jennifer, dia bersyukur kerana kehidupannya itu hanya berlaku
dalam masa setahun. Setelah sukses di bidang tarian, barulah dia
kembali ke rumah ibunya.
No comments:
Post a Comment