Top Blogs

Thursday, July 11, 2013

Home » » 17 maut bom tepi jalan meletup

17 maut bom tepi jalan meletup

HERAT - Seramai 17 orang awam terkorban termasuk empat kanak-kanak dalam satu serangan bom tepi jalan
di barat Afghanistan kelmarin, kata polis.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas satu siri letupan serupa membunuh sembilan orang.
Jurucakap polis, Abdul Raouf Ahmadi berkata, bom tersebut meletup di bawah sebuah treler yang sarat dengan penumpang.
Ketika kejadian, treler tersebut dalam perjalanan menuju ke satu majlis di daerah Obi, barat Herat.
Bom itu dipercayai diletakkan oleh kumpulan Taliban.
"Dua belas wanita, empat kanak-kanak dan seorang lelaki antara yang maut. Tujuh yang lain termasuk lima kanak-kanak cedera," kata Abdul Raouf.
Seorang jeneral kanan tentera Afghanistan pada minggu ini menyatakan bahawa militan Taliban meningkatkan operasi di timur negara itu dekat sempadan Pakistan.
Perkembangan tersebut berlaku ketika tentera asing mula meninggalkan Afghanistan secara berperingkat menjelang tarikh akhir pengunduran mereka pada 2014.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...