Top Blogs

Friday, August 24, 2012

Home » » Pusat bantu pasang penapis air

Pusat bantu pasang penapis air

 
KOTA BHARU - 
Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan sedang mengenal pasti 20 kawasan di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah untuk pemasangan alat penapis air bagi memproses air dari sumber sungai dan telaga...

 kos pemasangan alat penapis di kawasan terbabit dianggarkan berjumlah RM2 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menambah peruntukan bagi pemasangan alat penapis tersebut kerana prihatin dengan nasib penduduk di kawasan terbabit yang berada di tahap kritikal untuk mendapatkan air bersih, katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama warga JPP Kelantan
Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera mengatasi masalah bekalan air bersih di Kampung Derdap di Tumpat dan Kampung Kubang Bemban di Pasir Mas dengan memasang alat penapis yang setiap unit berharga RM95,000 bagi memproses air telaga.
 langkah segera Kerajaan Persekutuan itu berikutan bekalan air bersih yang dibekalkan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. kepada penduduk di kawasan terbabit tidak mencukupi.
maklum balas penduduk Kampung Derdap dan Kampung Tualang menunjukkan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang berjaya mengatasi masalah mereka dalam tempoh singkat dan dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih selesa.
"Pemasangan alat penapis air ini adalah penyelesaian jangka pendek untuk membantu penduduk yang terlibat manakala penyelesaian jangka panjang kita serah kepada kerajaan negeri Kelantan,
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...