Top Blogs

Monday, November 12, 2012

Home » » 30 tahun tidur di kaki lima

30 tahun tidur di kaki lima

pix_middle (4)

KUALA LUMPUR:

Menjadikan kaki lima sebagai rumah sejak lebih 30 tahun lalu kerana hidup sebatang kara dan pernah ditahan tiga kali oleh penguat kuasa tidak menimbulkan ketakutan di hati seorang warga emas yang ditahan dalam operasi gelandangan di sekitar bandar raya  kelmarin…..

Lelaki dikenali sebagai Khalid Yeop, 49, berkata, dia bekerja sebagai pengutip besi buruk dan menjualnya di kaki lima.

Katanya, dia hanya mempunyai beberapa helai pakaian yang dijadikan teman hidup dan mencari kotak untuk mengalas tidur.

“Saya tidak pernah malu walaupun hidup begini, malah gembira kerana terdapat ramai rakan senasib yang menemani sebaik malam menjelma,” katanya ketika ditemui selepas operasi, di sini.

Khalid berkata, mereka gembira kerana ada insan prihatin menghulurkan makanan percuma apabila petang menjelma dan tidak perlu meminta sedekah.

Dalam Operasi Gelandangan Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Alam Flora dan agensi lain itu, 59 orang termasuk 53 warga Malaysia, dua (Indonesia), tiga (Myanmar) dan seorang warga India ditahan.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu turut mengambil tindakan saringan terhadap lapan lelaki di bawah AADK dan lima di bawah JKM.

Melalui ops itu, mereka yang ditahan rata-rata tidak mampu menyewa rumah kerana berniaga kecil-kecilan di kaki lima.

Mereka sanggup tidur di kaki lima kerana memperoleh makanan percuma disediakan badan bukan kerajaan (NGO) setiap petang.

Ada juga yang cuba melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa, namun ditahan.

Metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...