BALING -
Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu.
Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu, mereka langsung ketiadaan
bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada)
untuk kegunaan mandi dan memasak....
Keadaan tersebut dialami sejak beberapa hari sebelum kedatangan 1
Syawal lagi, apabila paip air yang masuk ke rumah mereka langsung tidak
menitis.
Antara kampung terbabit dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kupang yang teruk terjejas ialah Kampung Parit Panjang, sekitar pekan
Kupang, kawasan perumahaan sekitar Pekan Tawar dan Pekan Malau.
Dalam kawasan DUN Kuala Ketil pula, kampung yang terbabit ialah di taman perumahan sekitar pekan Kuala Ketil.
Dalam kawasan DUN Bayu, lebih 10 kampung tiada bekalan air antaranya
Kampung Tanjong Pari, Kampung Weng Luar dan Weng Dalam, Kampung Carok
Putih, Kampung Becah Sawa, Kampung Lalang, Kampung Carok Bunting,
Kampung Pokok Setol, Kampung Luar dan Kampung Siput.
Ada penduduk terpaksa menggunakan air kolam ternakan ikan untuk mandi
di pagi raya, manakala di Kampung Carok Bunting, mukim Siong, seorang
penduduk menggali telaga untuk mendapatkan air sejak sebulan yang lalu.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment