Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » 39 korban banjir China

39 korban banjir China

BEIJING - CHINA - Bencana banjir dan tanah runtuh di wilayah barat daya Sichuan dan utara Mongolia, China,
sejak hujung minggu lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang dan 13 penduduk hilang.

Pusat Meteorologi Nasional turut mengeluarkan amaran ribut Rumbia di bahagian Lembangan Sichuan, wilayah utara dan timur laut negara membabitkan kawasan di sepanjang sungai Kuning dan Huaihe selama dua hari.

Rumbia adalah ribut tropika keenam membadai China pada tahun ini selain membadai wilayah pantai Guangdong dan selatan Hainan.

Menurut laporan BangkokPost, Sabtu lalu, empat kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di laut.

Setakat ini, China merupakan salah sebuah negara Asia yang terdedah kepada hujan lebat sewaktu musim bunga dan panas yang mana seramai 673 orang terbunuh serta 159 hilang dalam banjir pada 2012.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...