Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » Tangan mayat diikat dawai

Tangan mayat diikat dawai

IPOH – Sekumpulan pekerja pembinaan baru sahaja berehat terkejut menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan mengiring dengan kedua tangannya diikat dengan dawai di
sebuah kawasan belukar di tapak pembinaan, Simpang Lawin, kira-kira dua kilometer dari Tol Kuala Kangsar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.54 tengah hari itu, kumpulan pekerja tersebut menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat lelaki tanpa berbaju tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu tikaman di bahagian perut bahagian kanan dan percaya mangsa mati tidak sampai 24 jam.

Menurutnya, ketika ditemui, mangsa hanya berseluar pendek dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

“Terdapat juga satu kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras. Lelaki tersebut dipercayai warga asing berikutan tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti mangsa dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh,”

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...