Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » Budak tergantung di celah jeriji tingkap

Budak tergantung di celah jeriji tingkap

BANDAR RAYA HEZHOUM, China - Seorang budak lelaki berusia empat tahun diselamatkan oleh anggota bomba dan orang awam selepas
dia tersangkut di celah jeriji tingkap rumahnya, lapor sebuah akhbar
Kejadian itu berlaku di tingkat dua rumah mangsa yang terletak dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
Ketika kejadian, budak lelaki itu cuba meninjau kakaknya yang keluar rumah untuk ke sekolah pada pukul 2 petang waktu tempatan, Khamis lalu.
Budak itu mengeluarkan kepala daripada jeriji tingkap rumahnya, namun tindakan tersebut mengundang padah apabila dia tersangkut selepas tergelincir.
Kejadian tersebut disedari oleh kakak budak lelaki tersebut yang ketika itu hendak ke sekolah.
Gadis itu lantas menjerit meminta tolong dan beberapa jiran mereka kemudian bergegas ke rumah tersebut untuk menghulurkan bantuan.
"Kakaknya memegang budak lelaki tersebut menggunakan selimut dan saya pula menelefon polis," kata seorang jiran mangsa.
Pasukan bomba yang datang kemudian telah menyelamatkan budak tersebut dengan memotong batang besi jeriji tingkap rumahnya dalam masa beberapa minit.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...