Top Blogs

Thursday, July 11, 2013

Home » » Mayat wartawan diculik ditemui di Honduras

Mayat wartawan diculik ditemui di Honduras

TEGUCIGALPA - Beberapa anggota tubuh manusia termasuk kepala yang ditemui di utara bandar Villanueva, Honduras dipercayai milik seorang wartawan televisyen terkenal
, Anibal Barrow,
Barrow dilaporkan diculik pada 24 Jun lalu di bandar San Pedro Sula oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
pakaian Barrow dan buku akaun bank tertera namanya berhampiran satu mayat tanpa kepala yang ditanam di situ.
, berdasarkan bukti tersebut, polis percaya tubuh yang juga tidak mempunyai tangan dan kaki adalah milik lelaki berusia 58 tahun itu.
Seramai empat individu yang dikaitkan dengan pembunuhan terbabit telah ditahan. Pihak berkuasa sedang mengesan enam lagi suspek.
Menurut Bonilla, polis belum menemui motif pembunuhan kejam itu.
Barrow merupakan pembaca berita pagi popular di Globo TV, salah sebuah stesen penyiaran terbesar di Honduras.
Berdasarkan rekod suruhanjaya hak asasi manusia di negara berkenaan, kes pembunuhan wartawan di Honduras meningkat kepada 28 orang sejak tahun 2010.
Negara rantau Amerika Tengah itu mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia dengan 87 kes bagi setiap 100,000 orang pada tahun lalu.
San Pedro Sula merupakan bandar raya paling ganas di dunia.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...