Top Blogs

Friday, May 31, 2013

Home » » Tragedi bot muramkan sambutan Gawai Dayak

Tragedi bot muramkan sambutan Gawai Dayak

SIBU - Semua persiapan oleh kira-kira 700,000 masyarakat Dayak di Sarawak untuk menyambut perayaan Gawai Dayak pada Sabtu ini berjalan lancar,


sehinggalah pagi Selasa lepas apabila peristiwa hitam melanda.
  
Sebuah bot ekspres yang membawa kira-kira 200 penumpang, sebahagian besar daripadanya pulang ke kampung halaman untuk merayakan pesta menuai itu, karam di di Sungai Rajang, kira-kira 45 minit perjalanan dari pekan Belaga.
  
Sejumlah 192 terselamat namun 11 orang dilaporkan hilang. Mayat seorang penumpang, Tujok Lah, 44, ditemui hari ini ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan. Dua orang yang dilaporkan hilang sebelum ini didapati selamat dan telahpun pulang ke rumah.
  
Demam balik kampung semasa menyambut perayaan utama sememangnya menjadi kelaziman bagi masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, mereka tidak boleh dipersalahkan sama sekali berikutan wujudnya masalah pengangkutan.
  
"Memanglah, sikap berebut-rebut untuk mendapat tempat (duduk) tidak dapat dielak tambahan pula pilihan yang ada untuk pulang ke kampung tepat pada masanya begitu terhad.

"Mungkin ada 20 bot ekspres yang berulang-alik setiap hari di Sungai Rajang tetapi jumlah penumpang pula dianggarkan sekitar 10,000 setiap hari sama ada meninggalkan atau menuju ke Sibu, Kapit, Song dan Belaga beberapa hari sebelum Gawai," kata penjawat awam, Dennis Lipan, 38.
  
Beliau berkata hakikat itu malah diakui Lembaga Sungai-sungai Sarawak, agensi kerajaan yang diamanahkan untuk memantau dan menguruskan pengelolaan serta keselamatan sistem lalu lintas sungai dan melindungi semua sungai.
  
Dennis, yang bekerja di Kapit, berkata kerana itulah lebih 100,000 penduduk di pekan luar bandar ini mahukan jalan darat antara Kapit dan Kanowit. (Kanowit telahpun dihubungkan menerusi jalan darat ke Sibu, kira-kira 60km dari situ).
  
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sarawak Datuk Seri Michael Manyin berkata perkara itu sedang ditangani dan laluan sepanjang 21km di Kapit telahpun diturap manakala 34.7 kilometer lagi sedang dibina.
  
Beliau berkata dijangkakan dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, jalan sepanjang 107km dengan anggaran kos RM700 juta, akan menjadi kenyataan.

"Pelengkapnya adalah sebuah jambatan di Kanowit dan jalan sepanjang 42km dari Song ke Kanowit, kedua-duanya dianggarkan bernilai RM535 juta," katanya.
  
Sementara itu Dennis berharap dengan pelantikan Anggota Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, projek jalan Kapit-Kanowit akan dipercepatkan.
  

  
Sebagai rekod, sejak beberapa tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya dua tragedi besar membabitkan bot ekspres di negeri ini.
  
Pada 8 Jan 1991, 15 orang terkorban apabila dua bot bertembung ketika kabus tebal di Sungai Rajang dekat pekan Kanowit.

Pada 18 Okt 2010 pula 13 orang maut setelah sebuah bot ekspres merempuh kabel besi dan terbalik di Sungai Kakus, Úlu Tatau, kira-kira 50km dari pekan Bintulu.
  
Ketepikan tragedi itu, masyarakat Dayak memberi sumbangan yang sangat besar kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini dengan parti gabungan itu memenangi 13 kerusi Dayak.
  
Di pekan Kanowit yang berhampiran, pemilik tanah yang menyertai projek ladang sawit komersil pertama negeri ini di tanah Hak Adat Pribumi (NCR) ada sebab tersendiri untuk merayakan Hari Gawai.
  
Sejumlah 1,848 orang daripada mereka mendapat durian runtuh berjumlah RM8.5 juta, jumlah tertinggi yang dibayar kepada mereka setakat ini.
  
Sambutan Gawai akan sentiasa memberi satu lagi kesempatan buat masyarakat Dayak untuk lebih bersikap optimistik dan bermula kembali dengan lebih bersemangat dalam melakar kejayaan baharu dan lebih banyak pencapaian dalam tahun-tahun mendatang. 

"Beliau selama ini merupakan seorang aktivis yang sangat mengambil berat tentang projek jalan ini. Kami harap beliau dapat membawa lebih banyak projek jalan luar bandar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...