Top Blogs

Monday, June 3, 2013

Home » » Pantang maut sebelum ajal

Pantang maut sebelum ajal

IPOH –
 Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dinaiki dihempap pokok besar dalam kejadian ribut petang semalam.

Nasib menyebelahi Ng See Lai, 53, apabila sempat mengelak selepas beberapa saat keluar dari keretanya yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Dalam kejadian tersebut, angin kencang menyebabkan beberapa pokok dan papan tanda sekitar Teluk Intan dan kawasan berdekatan tumbang dan menghalang laluan.

“Saya sempat menoleh ke arah pokok yang tumbang kerana terdengar bunyi rekahan dan sejurus selepas itu pokok berkenaan tumbang menghempap kereta saya.

“Pokok yang berusia lebih 50 tahun itu hanya lima meter dari kereta saya dan kejadian berlaku begitu pantas sehingga saya tidak dapat berbuat apa-apa namun bersyukur kerana kejadian itu tidak mengakbatkan kemalangan jiwa ataupun kecederaan,” katanya.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat daripada Balai Bomba Teluk Intan dikejarkan ke tempat kejadian sebelum pokok berkenaan di alihkan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...