Top Blogs

Wednesday, July 10, 2013

Home » » Tiada cedera dalam pesta larian lembu

Tiada cedera dalam pesta larian lembu

PAMPLONA - Beribu-ribu orang berlari di beberapa batang jalan raya di utara Sepanyol dalam larian lembu
kedua sempena festival San Fermin di sini semalam.
Ketua sebuah hospital tempatan, Javier Sesma berkata, tiada kejadian peserta ditanduk lembu kali ini tetapi empat orang dirawat kerana mengalami kecederaan selepas terjatuh.
Bermula pada awal pagi, acara itu melibatkan para peserta berlari sambil dikejar enam ekor lembu laga di laluan sepanjang 850 meter menuju ke sebuah kandang di bandar ini.
Seorang pekerja teknologi maklumat berusia 47 tahun dari Amerika Syarikat, Ade Erinkitola berkata, dia kali pertama menyertai larian lembu tersebut.
"Ia sangat mengujakan, jantung saya berdegup kencang dan saya tidak tahu apa yang mungkin terjadi," katanya.
Tiga warga Sepanyol dan seorang lelaki dari Pheonix, Arizona cedera dalam larian itu tetapi kecederaan mereka tidak serius.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...