Top Blogs

Wednesday, July 10, 2013

Home » » Lady Gaga takut rahsia peribadi bocor

Lady Gaga takut rahsia peribadi bocor

-
Penyanyi popular Lady Gaga memfailkan perintah mahkamah bagi mengelakkan saman
oleh dua pencari bakat didedahkan kepada umum.
Penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face itu bimbang kes mahkamah tersebut akan merosakkan kerjayanya.
Pencari bakat berkenaan yang juga bekas teman rapat Lady Gaga, Wendy Starland menyaman bekas teman lelaki penyanyi itu, Rob Fusari pada 2010.
Starland mendakwa Fusari melesapkan bayaran yang sepatutnya diberikan kepada dirinya kerana menaikkan nama Lady Gaga.
Menurut portal hiburan TMZ, Lady Gaga memfailkan rayuan di mahkamah supaya sebahagian maklumat dalam kes Fusari tidak didedahkan kepada umum.
Dalam dokumen rayuannya, Lady Gaga memberitahu bahawa sebahagian maklumat tersebut adalah "sangat sensitif dan peribadi".
Tambah penyanyi tersebut, maklumat itu akan menyebabkan kerjaya nyanyiannya terjejas sekiranya diketahui oleh orang ramai.
Lady Gaga memberitahu, dia dan Fusari sebelum ini bersetuju untuk merahsiakan maklumat tersebut daripada pengetahuan orang lain

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...