KOTA BHARU – Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun
dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang
besi payung hampir
menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan ‘uji
kajinya’ itu meletup ketika berada dalam genggamannya.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu
itu menyebabkan mangsa, Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan
jari manis, manakala tapak tangannya turut terkoyak.
Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital
Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk
menerima rawatan kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian ekoran
kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan
perubatan yang merawatnya bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang
yang disumbat di dalam batang payung itu tiba-tiba meletup.
“Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang
besi itu dan ketika sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga
terkena tangannya,”
No comments:
Post a Comment