Top Blogs

Tuesday, July 16, 2013

Home » » Saya Terkejut Arwah Bapa Simpan Keratan Akhbar Tentangnya - Linda Onn

Saya Terkejut Arwah Bapa Simpan Keratan Akhbar Tentangnya - Linda Onn

Linda Onn 1Penyampai radio Suria FM, Linda Onn memberitahu terkejut apabila terjumpa sebuah fail milik arwah bapanya iaitu

Allahyarham Onn Chik yang mempunyai keratan akhbar dan gambar-gambarnya yang keluar di majalah dan surat khabar.

Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 36, berkata, arwah bapanya tidak pernah memberitahunya tentang perkara berkenaan dan ia membuatkan dia bertambah rindu dengan beliau.

"Selepas arwah meninggal saya ada kemaskan barang-barangnya dan terjumpa sebuah fail yang mempunyai himpunan doa. Dalam fail sama terdapat juga gambar-gambar dan keratan akhbar mengenai diri saya yang pernah keluar di majalah atau pun surat khabar.

"Saya sangat terkejut kerana sebelum ini tidak pernah memberitahu saya mengenai perkara itu dan ia cukup menyedihkan saya," jelasnya.

Onn, 80, meninggal dunia sewaktu sedang mendapat rawatan serangan jantung di Hospital Ampang, kira-kira jam 2.30 pagi, 17 Februari lalu.

Dalam pada itu, ditanya apakah pesanan yang sempat disampaikan kepadanya sebelum beliau meninggal dunia, Linda berkata, bapanya banyak meninggalkan pesan kerana memang tidak pernah jemu menasihati mereka adik beradik.

Bagaimanapun kata Linda, bapanya sering mengingkatkannya supaya mengamalkan solat sunat Dhuha dan Tahajjud sebagai amalam harian selain bijak membawa diri sebagai seorang wanita.

"Setiap hari dia akan meninggalkan pesanan kepada kami dan akan berpegang teguh kepada nasihat yang ditinggalkannya," katanya.

Sementara itu, Linda berkata, dia sentiasa merindukan Allahyarham dan sebagai anak dia masih belum puas berbakti kepada beliau.

"Saya dan bapa sangat rapat kerana saya belum berkahwin dan anak bongsu. Ketiadaannya sangat dirasai dan saya sentiasa mengingati pesanannya,"

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...