Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » peniaga bela ikan sturgeon gergasi

peniaga bela ikan sturgeon gergasi

BASCOM, Florida -
 Seorang ahli perniagaan, Mark Zaslavsky menternak sejumlah ikan sturgeon gergasi di sebuah kolam ternakannya
, Amerika Syarikat.
Zaslavsky, 60, yang berasal dari Ukraine menternak ikan itu untuk tujuan mendapatkan telur-telur haiwan tersebut untuk dijadikan kaviar yang merupakan makanan untuk golongan kaya.
Terdapat ikan sturgeon di kolam ternakannya yang mempunyai berat sehingga 181 kilogram.
Dia mula mengusahakan ternakan ikan sturgeon itu pada tahun 2001 di ladang Sturgeon Aquafarms.
Zaslavsky mempunyai 2,000 pelanggan.
Antara pelanggannya ialah beberapa buah restoran Rusia di New York.
Ikan tersebut boleh hidup lebih 100 tahun di habitat liar.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2Mtfn8w4f
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...