Top Blogs

Tuesday, July 16, 2013

Home » » Alvin dan Vivian beri keterangan

Alvin dan Vivian beri keterangan

KUALA LUMPUR – Pasangan kontroversi yang mempersendakan umat Islam di bulan Ramadan dengan memuat naik gambar memakan bak kut teh
(sup tulang babi), Tan Jye Yee (Alvin), 25, dan Vivian Lee, 24, hadir memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini semalam.
Pasangan itu dilihat berjalan kaki memasuki pekarangan bangunan SKMM pada pukul 10.45 pagi.
Vivian dilihat menutup muka bagi mengelak wajah dirakam sebaik melihat sekumpulan wartawan dan jurugambar menunggu mereka di situ.
Semalam, akhbar melaporkan pasangan itu dipanggil SKMM untuk memberi keterangan berhubung isu mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh wangi, enak dan menyelerakan’ dengan logo halal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...