Top Blogs

Tuesday, July 16, 2013

Home » » Pengemis tayang kaki kudung

Pengemis tayang kaki kudung

KUANTAN - Tiga pengemis kudung dipercayai warga asing menjadikan kecacatan fizikal mereka sebagai modal menagih simpati dengan 
meminta sedekah,

Ketiga-tiga mereka yang mengaku berasal dari Thailand sanggup datang mengambil kesempatan atas kemurahan hati umat Islam negara ini yang gemar bersedekah sempena mengambil keberkatan kemuliaan Ramadan.
Lebih mengejutkan, ketiga-tiga pengemis terbabit mengaku Muslim, namun apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah ataupun membaca Bismillah, mereka tidak bolehSelepas didesak, barulah mereka mengaku bahawa mereka bukan beragama Islam, sebaliknya hanya menyamar untuk menarik simpati umat Islam

Hasil tinjauan  di sekitar Pusat Transformasi Bandar (UTC), membongkar kegiatan pengemis warga asing itu yang cuba menjadikan Ramadan sebagai musim mereka mencari keuntungan.

Taktik mereka yang sengaja menayang kaki kudung dan bertongkat sambil membawa bekas kosong ternyata menjadi apabila ramai yang menghulurkan sedekah.

Ketika didekati, ketika-tiga mereka cuba mengelak, namun selepas seketika mereka mula bersuara menjawab segala pertanyaan yang diajukan.

Berdasarkan pengakuan pengemis itu, mereka datang dari Thailand menaiki bas ke sini beberapa hari lalu untuk meminta sedekah.

Ketika diminta menunjukkan wang hasil sedekah orang ramai, ‘pengemis’ berkenaan dengan selamba mengeluarkannya wang dari saku seluar dalam jumlah agak banyak walaupun hanya beberapa jam mereka di situ.

Mereka mengakui walaupun ‘pendapatan’ yang diperoleh lumayan, namun sepanjang berada di sini, mereka tidak mempunyai tempat tinggal sebaliknya tidur bergelandangan di mana-mana tempat yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...