Top Blogs

Friday, April 19, 2013

Home » » Mayat Margaret Thatcher Akan Dibakar Di Mortlake London

Mayat Margaret Thatcher Akan Dibakar Di Mortlake London

 
Sejumlah 2,300 orang yang terdiri daripada anggota keluarga diraja, tetamu kehormat dan peminat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher semalam
.Thatcher yang digelar 'Wanita Besi' oleh pemerintah bekas negara Kesatuan Soviet diberikan penghormatan terakhir dengan melibatkan anggota-anggota tentera, nyanyian patriotik dan linangan air mata.

Thatcher meninggal dunia pada 8 April lalu pada usia 87 tahun kerana diserang strok semasa beliau membaca buku di Hotel Ritz di London.

Kerandanya diarak menaiki kereta kuda sebelum dibawa memasuki Gereja St. Paul oleh beberapa anggota tentera darat dan laut Britain untuk upacara keagamaan.

Majlis tersebut dihadiri oleh pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan 11 Perdana Menteri dari seluruh dunia.

Mayatnya akan dibakar di Mortlake di barat daya London.

Bagaimanapun, seramai 200 orang bertindak mengejek majlis tersebut dengan berkata: "Maggie, Maggie, Maggie! Sampah, sampah, sampah."

Maggie ialah nama jolokan buat Thatcher.

Kumpulan tersebut berang kerana majlis pengebumian besar-besaran itu menelan belanja yang mahal iaitu sekitar £10 juta (RM46.1 juta)

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...