Top Blogs

Thursday, February 28, 2013

Home » » Soo-jung mangsa gangguan ..

Soo-jung mangsa gangguan ..

 SALAH seorang ahli kumpulan Sunny Days iaitu Im Soo-jung telah mengalami insiden yang menakutkan apabila dia diraba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali baru-baru ini
.Menurut laporan laman web soompi.com, kejadian itu berlaku sewaktu penyanyi berkenaan menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah untuk pulang ke rumahnya di Seoul, Korea Selatan setelah selesai menjalani penggambaran sebuah klip video.
Menurut pihak polis, Soo-jung terus membuat aduan di balai polis setelah merasakan dirinya mengalami gangguan seksual.
Kemudian beberapa anggota polis berjaya menangkap lelaki tersebut yang merupakan seorang pekerja kilang.
"Ketika ini lelaki yang terlibat dengan kejadian itu telah ditahan tanpa syarat dan sekiranya didapati bersalah dia akan didakwa di bawah undang-undang gangguan seksual," ujar wakil polis tersebut.
Bagaimanapun, lelaki yang telah ditangkap itu menyatakan dia langsung tidak berniat menyentuh tubuh Soo-jung dari belakang dan mendakwa perbuatan tersebut berlaku secara tidak sengaja.
Sementara itu, wakil jurucakap Sunny Days menjelaskan bahawa Soo-jung sangat terkejut dengan kejadian tersebut dan kini dia sedang berehat di rumah buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...