Top Blogs

Thursday, February 28, 2013

Home » » Kahwin pada tahun 2015

Kahwin pada tahun 2015

SUDAH agak lama cerita mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle tidak muncul menerusi media selepas kontroversi percintaannya bersama pelakon Miera Liyana yang berakhir sekitar awal tahun lepas.
Selepas itu, Shahrizal dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada pihak media dengan tidak menghadirkan diri pada majlis-majlis hiburan.
Menolak anggapan bahawa dia melarikan diri daripada media, ujar Shahrizal, dia sebenarnya terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama yang kini ada beberapa daripadanya sudah ditayangkan di kaca TV seperti Pelamin Di Pusara dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
“Bukan sebab kes putus cinta saya menyepi dan seolah-olah melarikan diri daripada pihak media. Sebaliknya, saya sibuk dengan penggambaran drama. Drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menuntut saya berada di lokasi selama tiga bulan,” jelasnya lagi.
Pada bulan Disember lalu, hero filem Azura 2012 itu juga secara tiba-tiba mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita pertunangannya bersama seorang bakal doktor bernama Redzwani Puteri, 25.
Mengakui keputusannya untuk bertunang dalam usianya yang baru 24 tahun bukan dibuat secara terburu-buru, Shahrizal mengatakan sudah mengenali Redzwani lama dan merasakan gadis itu adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri.
Hasrat untuk memperisterikan Redzwani dengan cepat nampaknya tidak kesampaian kerana Shahrizal diberi tempoh selama dua tahun untuk berkahwin dengan tunangnya sekali gus menafikan yang dia dan Redzwani bakal berkahwin pada tahun ini.
“Kami masih lagi merancang tarikh perkahwinan. Bukan tahun ini. Insya-Allah pada tahun 2015. Sebabnya, keluarga dia (Redzwani) minta dia habis belajar dulu sebelum berkahwin,
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...