Top Blogs

Friday, November 30, 2012

Home » Panggilan telefon terakhir suami

Panggilan telefon terakhir suami

image (3)

KLUANG -

Panggilan telefon seorang suami yang dalam perjalanan mahu pergi menoreh getah memberitahu isterinya dia cedera kerana disamun sebelum disahkan meninggal dunia, adalah yang terakhir buat pasangan warga emas Low Kon Fa, 65, dan mendiang Nam Ku Yai, 72.
Mangsa ditemui pengsan di hadapan salah sebuah restoran di Jalan Besar, Yap Tau Sah, ,  kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Kon Fa berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia terus meminta menantu yang datang bersamanya menghantar bapa mertuanya itu ke Hospital Kluang.

Namun katanya, doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah di kepala yang dialaminya.
“Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang berhubung kejadian yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Bahgia, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira  jam 5.45 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mendiang telah diserang dua lelaki dalam cubaan samun ketika dalam perjalanan mahu pergi menoreh getah di Sri Lalang.
“Keengganan mangsa menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga miliknya, menyebabkan lelaki terbabit menghentak kepala mendiang dengan objek keras sehingga berlaku pendarahan yang serius meskipun mangsa memakai topi keledar.
“Kedua-dua lelaki itu kemudian melarikan diri, namun mangsa sempat bangun berjalan sambil menyorong motosikal miliknya untuk meminta bantuan orang ramai yang ada di sebuah restoran berdekatan sebelum rebah,” katanya.
Abdul Majid berkata, pihaknya mendapati barang berharga milik mangsa masih ada kecuali kunci motosikal kemungkinan diambil kedua-dua lelaki berkenaan.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 8 pagi oleh doktor dari Hospital Kluang.
“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan esok (hari ini) mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...