Top Blogs

Friday, November 30, 2012

Home » Jatuh kondominium: Amah, warga emas maut

Jatuh kondominium: Amah, warga emas maut

image (2)

PETALING JAYA –

"Tolong saya, saya mahu berhenti kerja kalau tak saya akan terjun," itu nota terakhir ditulis seorang amah sebelum mayatnya ditemui selepas terjatuh dari tingkat 9 sebuah kondominium di Kota Damansara semalam

Mangsa, Sukini, 30, yang berasal Jawa Tengah Indonesia sempat mencampak nota keempat yang ditulisnya atas kertas tisu itu kepada seorang pekerja kedai dobi sehari sebelum kejadian.
Pekerja kedai dobi yang hanya ingin dikenali sebagai Yanti berkata, sebelum ini mangsa pernah mencampakkan tiga nota mengandungi mesej sama, seolah- olah meminta pertolongan bagi membolehkan dia keluar dari kawasan perumahan itu.
“Saya tidak syak apa-apa sebab dia sering lalu di hadapan kedai bersama majikannya untuk membeli makanan. Ketika itulah dia campak nota tersebut,” katanya.
Yanti berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu menyesal kerana tidak sempat membantu rakan senegaranya yang mungkin menghadapi tekanan.
Dalam kejadian berasingan, seorang warga emas berusia 71 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Damansara Damai.
Warga emas yang baru kematian isteri enam bulan lalu itu maut serta merta di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala.
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat .
Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis masih menunggu hasil laporan dan bedah siasat kedua- dua mayat tersebut daripada pihak hospital.
“Setakat ini kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian,”

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...