Top Blogs

Friday, August 24, 2012

Home » » Teraju gagal bantu kontraktor

Teraju gagal bantu kontraktor

 
KUALA LUMPUR 
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyelar kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk membantu kontraktor bumiputera mendapat tempat dalam projek Transit Aliran Massa (MRT)....

Presidennya, Datuk Mokhtar Samad mendakwa, sebanyak 47 peratus atau RM8 bilion peruntukan yang ditawarkan kepada syarikat atau kontraktor bumiputera yang layak bukan atas daya usaha dan inisiatif Teraju.
“Daripada senarai syarikat yang ditawarkan, semuanya adalah melalui Mass Rapid Transit Corp. Sdn. Bhd. (MRT) Corp. yang membangun dan menguruskan projek tersebut.
“Mereka mendapat projek ini melalui sistem tender terbuka iaitu bersaing dengan kontraktor-kontraktor lain.
“Ini jelas membuktikan kontraktor bumiputera juga berupaya mengambil bahagian dalam projek berskala besar berasaskan merit dan keupayaan masing-masing tanpa bantuan dan sokongan Teraju,” katanya di sini baru-baru ini.
Jelas beliau, PKMM telah bekerjasama dengan Teraju untuk membuat tapisan dan saringan terhadap syarikat bumiputera yang mampu dan layak untuk memohon mendapatkan tender namun malangnya cadangan dan inisiatif yang dilakukan tidak dapat direalisasikan Teraju.
Tegasnya, PKMM dan ahli-ahli di seluruh negara berpendapat, Teraju telah memperdaya syarikat dan kontraktor bumiputera dalam projek tersebut.
“Kami begitu bimbang dengan Teraju kerana ia dilihat tidak begitu berkesan dan agresif berbanding Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu),” tambahnya.
Projek tersebut melibatkan anggaran kos keseluruhan RM36 bilion dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Julai 2011.
Menurutnya, terdapat empat isu yang melibatkan Teraju iaitu kelemahan struktur organisasi, fokus bidang keutamaan yang tidak menepati isu-isu sebenar bumiputera, pelaksanaan dan pembaharuan yang sangat perlahan dan kekurangan sokongan daripada kementerian, agensi pelaksana dan syarikat berkaitan kerajaan.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...