Top Blogs

Friday, August 3, 2012

Home » , » Hong Kong dilanda jerebu berbahaya

Hong Kong dilanda jerebu berbahaya

533242_298294053577304_124658580940853_720330_1935530721_n

HONG KONG 2 Ogos

Hong Kong dilanda jerebu paling teruk pernah dicatatkan semalam, sekali gus menyebabkan penduduk dinasihati agar tidak keluar rumah untuk mengelakkan menyedut udara berbahaya……..

Jurucakap Jabatan Perlindungan Persekitaran, Y.F Chau berkata, bacaan indeks udara menunjukkan rekod yang lebih tinggi berbanding pencemaran yang berlaku pada 1999, kecuali pencemaran akibat ribut pasir yang berlaku kira-kira dua tahun lalu.

"Pencemaran udara kali ini paling teruk pernah dicatatkan sejak Hong Kong mengalami masalah sama pada 1999," katanya.

Bangunan terkemuka Hong Kong diselubungi udara berbahaya dan ruang angkasa kelihatan berwarna kelabu walaupun cuaca baik dan cerah.

"Orang ramai yang mempunyai masalah jantung, warga emas dan kanak-kanak dinasihati agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan kurang bergerak," kata seorang jurucakap kerajaan yang enggan dikenali.

Katanya, pencemaran tersebut bertambah buruk kesan daripada Taufan Saola yang melanda Taiwan, kira-kira 700 kilometer ke timur.

Antara kawasan terjejas teruk ialah daerah tengah Hong Kong yang menjadi tumpuan syarikat barangan mewah.

Pengurus kumpulan aktivis antipencemaran Rangkaian Udara Bersih, Erica Chan berkata, Hong Kong tidak boleh terus menyalahkan cuaca atau kilang-kilang di China sebagai punca pencemaran tersebut.

"Kegiatan di Hong Kong sendiri menyumbang kepada pencemaran udara

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...