Top Blogs

Friday, August 24, 2012

Home » » Keluarga Pak Tam rayu bantuan

Keluarga Pak Tam rayu bantuan

 
PONTIAN -
 Keluarga kepada Sheikh Faeizan Omar, 23, atau Pak Tam yang kini ditahan di penjara Taiwan kerana disyaki membawa dadah, merayu badan-badan bukan kerajaan membantu membebaskan anak mereka...
. itu.
Ibunya, Hadiah Gondet, 53, berkata, dalam surat yang dikirimkan dua minggu sebelum Ramadan, Pak Tam memberitahu, rayuan yang dibuatnya di Mahkamah Taiwan sebanyak tiga kali telah ditolak.
"Dia juga mengulangi permintaan supaya membantu membebaskannya," katanya ketika ditemui di Kampung Paya Embun, Pekan Nanas di sini semalam.
Kisah Pak Tam pernah menggemparkan negara apabila dia ditahan oleh pihak berkuasa Taiwan di Taipei pada 24 Mac 2008 selepas menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berselindung di sebalik operasi menghantar barangan kristal ke Taiwan.
Remaja itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana didapati membawa keluar heroin seberat 2.1 gram di dalam begnya.
Mengulas mengenai perkembangan Pak Tam sekarang, Hadiah memberitahu, pada Ramadan lalu, dia hanya berpeluang bercakap selama enam minit bersama anaknya melalui telefon.
"Dia asyik bertanya tentang kami berbanding cerita tentang keadaan dirinya di sana.
"Saya tidak tahu bagaimana keadaan dia tetapi yang pasti, percakapannya lebih kepada telo Cina
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...