Top Blogs

Wednesday, July 10, 2013

Home » » Pengunjung dilarang goreng telur di Death Valley

Pengunjung dilarang goreng telur di Death Valley

WASHINGTON - Pihak pengurusan Taman Negara Death Valley telah mengeluarkan arahan kepada para pengunjung supaya tidak menguji lokasi paling panas di dunia itu dengan menggoreng telur

Arahan itu dikeluarkan berikutan masalah pembuangan sampah dikatakan semakin tidak terkawal di kawasan pelancongan popular tersebut.
"Tindakan seorang kakitangan menggoreng telur di Death Valley adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa panasnya keadaan di sini.
"Jika anda mahu melakukan perkara sama, sila gunakan peralatan sewajarnya dan buang sampah berkenaan," jelas pihak pengurusan taman dalam satu status di laman Facebook.
Malangnya, perbuatan itu menyebabkan kakitangan penyelenggaraan semakin sibuk membersihkan kulit telur di tepi-tepi jalan dan ruang parkir kenderaan.
"Ini adalah taman negara anda. Sila buang sampah di dalam tong yang disediakan. Jangan pecahkan telur di tepi jalan," tegasnya lagi.
Death Valley yang terletak di California dan Nevada, Amerika Syarikat akan menyambut ulang tahun ke-100 tidak lama lagi. -

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...