Top Blogs

Thursday, August 23, 2012

Home » » Telefon pantau jantung

Telefon pantau jantung

 
STATISTIK Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2009 menyaksikan satu daripada empat kematian di hospital awam berpunca daripada penyakit jantung.....

Keadaan itu menunjukkan betapa sakit jantung merupakan antara penyakit merbahaya dan berisiko tinggi di kalangan penduduk negara ini.
Ia turut disebabkan oleh kurangnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan jantung seperti mengenalpasti simptom dan gejala ritma jantung yang tidak teratur.
Secara umumnya, penyakit jantung hanya boleh dikesan melalui bacaan Eloktro Kardiogram (ECG) selepas munculnya beberapa simptom utama.
Walau bagaimana pun, kebanyakan pesakit yang berada jauh daripada kemudahan perubatan mesin ECG menyebabkan mereka sukar memantau bacaan secara berterusan.
Melihat keadaan itu, sebuah syarikat teknologi e-kesihatan, Heartronics telah memperkenalkan telefon pintar EPI Life yang diintegrasi dengan alat ECG.
Menurut Pengarah Urusan Heartronics Sdn. Bhd., Jean-Michel Mougin, peranti tersebut bakal menghubungkan pengguna dengan pakar kardiologi profesional untuk menerima arahan tindakan pengesanan awal bagi penyakit tersebut.
"Jika tindakan pantas diambil, lebih banyak nyawa akan dapat diselamatkan terutama di kalangan individu yang telah mempunyai sejarah sakit jantung.
"Menerusi alat yang boleh dimuatkan ke dalam poket ini, pengguna boleh memantau ECG mereka dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa.
"Alat mudah alih ini mempunyai kemampuan mengukur denyutan dan mengesan tanda-tanda tidak normal pada jantung selain berupaya memantau kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dan paras kolestrol,'' katanya pada pelancaran produk telefon pintar ECG pertama dunia itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, Dr. Balachandran Setiamurthi.
Produk yang dibangunkan oleh EPI Mobile Health Solution itu telah mendapat kerjasama daripada Hospital Pantai Kuala Lumpur dan syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi bersepadu negara, Maxis Berhad (Maxis).
Untuk menggunakan EPI Life, pengguna hanya perlu memegang telefon tersebut dengan menggunakan tiga jari yang disentuh pada bahagian sensor.
ECG itu kemudiannya akan dihantar ke Pusat Concierge Kesihatan yang beroperasi 24 jam sehari untuk tujuan penilaian bacaan.
Pusat tersebut yang diselenggara oleh doktor pakar dan juruteknologi kardiologi akan menganalisis bacaan sebelum menghantar keputusan penilaian dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 10 minit.
Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...