Top Blogs

Thursday, August 23, 2012

Home » , » Bashar al-Assad sedia undur?

Bashar al-Assad sedia undur?

 
DAMSYIK 22 Ogos - 
Timbalan Perdana Menteri Syria, Qadri Jamil berkata, mereka bersedia untuk membincangkan mengenai peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad sebagai sebahagian daripada rundingan bagi menamatkan konflik berdarah yang semakin meruncing di negara ini.....
.Jamil mengeluarkan kenyataan mengejutkan itu, semalam ketika beliau menjadi wakil Syria ke Moscow dan selepas Rusia memberi amaran kepada Barat atas campur tangan mereka di negara ini ekoran tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran kepada Damsyik berhubung penggunaan senjata kimia.
Sementara itu di seluruh Syria semalam, sekurang-kurangnya 128 orang lagi terbunuh, termasuk 81 orang awam, menurut pertubuhan pemantau yang turut melaporkan mengenai berlaku bedilan dan pertempuran di Aleppo serta Damsyik.
“Selagi peletakan jawatan Assad dijadikan sebagai syarat untuk memulakan rundingan, sebarang dialog tidak akan tercapai.
“Namun, sebarang masalah dapat dibincangkan ketika sesi dialog (yang dicadangkan) itu, termasuk mengenai isu peletakan jawatan Assad sebagai Presiden Syria," kata Jamil selepas mengadakan rundingan di Moscow.
Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...