Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji

Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji

 
PUTRAJAYA –
 Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah...
pada tahun ini.
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.
Najib turut menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap bakal haji itu.
Dalam ucapannya, Najib berkata, program itu dibuat atas kesedaran betapa besarnya peranan dan sumbangan imam dan pengerusi JKKK dalam masyarakat.
“Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini dengan memartabatkan kedudukan dan kebajikan mereka
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...