Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » , » Susulan 2 bouncer ditembak: Polis tahan 10 lelaki

Susulan 2 bouncer ditembak: Polis tahan 10 lelaki

 
Kuala Lumpur - Seramai 10 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes dua 'bouncer' atau pengawal kelab hiburan di Jalan Dooraisamy, di sini yang ditembak mati di hadapan premis berkenaan awal pagi semalam....
kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang.
Dalam insiden kira-kira pukul 4.30 pagi semalam, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an  menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan dari memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi.

Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Seorang dari kumpulan lelaki itu naik berang bila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan yang mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua yang menjadi punca kematian.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...