Top Blogs

Tuesday, August 28, 2012

Home » » Lee Chong Wei Rancang kahwin

Lee Chong Wei Rancang kahwin

MESRA...Chong Wei (kanan) dan Mew Choo bersiar-siar pada Sukan Olimpik London, bulan lalu.
 BEKAS pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal mengikut jejak langkah Lin Dan yang akan melangsungkan perkahwinan selepas merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan.
Pemain yang kini berada di ranking kedua dunia bakal mengahwini bekas ratu badminton negara Wong Mew Choo, meskipun pernah berpisah....

Begitupun Chong Wei belum menetapkan tarikh dan tempat melangsungkan perkahwinan.
“Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu,” kata Chong Wei.

Mew Choo, 29, kini bergelar jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) selepas bersara sebagai pemain tahun lalu.

“Kami saling mengenali sejak sekian lama. Ada kalanya berdepan situasi sukar dan bahagia, itulah hubungan kami kerana saya fokus kepada kerjaya dan salah faham sering berlaku,” kata Chong Wei mengulas mengenai kisah cintanya dengan Mew Choo yang pernah terputus sekitar 2009, ketika dia menjalani latihan di Korea Selatan.
Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...