BEKAS kekasih Justin Bieber iaitu Selena Gomez, 20, hanya mampu tertawa mendengar gosip-gosip liar yang menimpa penyanyi lagu Baby itu
.Selena tidak sedikit pun berasa prihatin dan kasihan terhadap Justin.
Menurut Contact Music pada Isnin, bekas bintang Disney itu tertawa melihat perilaku tidak matang yang dilakukan oleh Justin.
"Selena ketika melihat Justin di televisyen, dia hanya ketawa dan
ketawa. Dia tidak mahu terus berperanan sebagai kekasih lelaki itu.
Malah dia bebas dan menikmati usia remajanya bersama-sama
teman-temannya," menurut sumber.
Tambahnya, Selena semakin muak dengan perangai kebudak-budakan Justin
dan menyedari penyanyi berusia 19 tahun itu hanya menyusahkan hidupnya
selama ini.
Selena kini lebih memilih lelaki berusia untuk dijadikan teman hidup berbanding lelaki muda seperti Justin.
Sumber
No comments:
Post a Comment