Semporna: Tiga puluh tiga individu termasuk empat wanita yang
dipercayai tali barut kumpulan pengganas yang membunuh enam anggota
polis ketika insiden di Kampung Simunul dan Sri Jaya 2 Mac lalu ditahan
pasukan keselamatan Op Daulat dalam satu serbuan di sini, semalam.
Operasi membabitkan 100 anggota pasukan keselamatan itu bermula
kira-kira jam 6.30 pagi hingga 9 pagi di satu kawasan setinggan Kampung
Pinggir Bakau yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat
kejadian.
Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ketua Polis Daerah Semporna
Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, semua
tahanan itu dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan pengganas Sulu
yang menceroboh daerah ini ketika kejadian berbalas tembakan sebelum
ini.
“Kami tidak menolak kemungkinan mereka adalah
penyokong dan memberi perlindungan kepada pengganas Sulu yang
menceroboh daerah ini.
ANGGOTA
dari Unit Tindakan Khas (UTK) keluar dari kawasan kampung selepas
mengadakan pemeriksaan bagi mengesan saki-baki pengganas, semalam.
“Seramai 44 individu diperiksa ketika serbuan, tetapi 11
daripadanya dibebaskan manakala 33 lagi ditahan dan akan disiasat lebih
lanjut sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu
Sumber
No comments:
Post a Comment