Top Blogs

Wednesday, July 17, 2013

Home » » Tiada Wanita Lain Boleh Tandingi Bekas Isteri

Tiada Wanita Lain Boleh Tandingi Bekas Isteri

Hattan1-565x5801Penyanyi terkenal, Datuk Hattan mengakui tiada wanita lain yang boleh menandingi bekas isterinya,

Arianie Abidin walaupun selepas bercerai dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita yang lain.

Bercakap kepada Berita Harian, Hattan berkata, “dulu saya yakin boleh mendapat pengganti Arianie dengan mudah. Tetapi ternyata selepas mengenali ramai wanita, tiada perempuan yang mampu menandingi dirinya”.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Shahabudin, 49, dan Arianie, 42, bakal disatukan dalam majlis pernikahan serba ringkas dan santai yang akan diadakan di Hotel JW Marriot, Putrajaya pada 24 Julai ini.

Hasil perkongsian hidup terdahulu, pasangan ini dikurniakan anak tunggal, Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.

Tahniah diucapkan buat Hattan dan Arianie dan semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...