Top Blogs

Wednesday, July 17, 2013

Home » » Nora Akui Pernah Sengaja Ponteng Puasa

Nora Akui Pernah Sengaja Ponteng Puasa

Nora-Danish-565x325Pasti ada daripada anda yang pernah ponteng puasa semasa kecil kan..

Perkara ini tidak terkecuali terjadi kepada pelakon comel,

Nora Danish yang mengakui pernah secara sengaja ponteng puasa ketika dirinya masih kecil dan baru-baru hendak belajar berpuasa.

“Waktu kecil dulu, pernah juga ponteng puasa. Biasalah tu kan, depan mak kita cakap kita puasa. Tapi bila mak tak nampak, kita curi-curi minum,” katanya yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Nora juga mengatakan dia mengurangkan sebarang aktiviti seni dengan tidak mengambil sebarang penggambaran drama pada bulan Ramadan kerana mahu menumpukan kepada ibadah sunat yang dituntut oleh agama.

Selain itu, dia juga mahu mendidik anak tunggalnya, Putra Rayqal Ramli untuk mendalami ajaran Islam dengan mengerjakan solat sunat Terawikh dan mengaji Al-Quran.

“Dalam bulan Ramadan ni saya ambil peluang bersama-sama dengan dia, mengaji dan pergi terawih. Perlahan-lahan saya didik dia dan bagi dia biasakan diri dulu,” katanya lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...