Zain Saidin apabila dikatakan sering mengganggu dengan membuat panggilan telefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika aktor itu berada di lokasi penggambaran.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 42, berkata, gosip
tersebut adalah karut kerana dia dan Zain tidak pernah mencampuradukkan
soal peribadi dan kerjaya dalam hubungan cinta mereka.
"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.
"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Rozita mengulas mengenai dakwaan dia kononnya dia merajuk dengan
kekasihnya itu yang tidak membalas panggilan telefon dan SMS ekor an
sibuk dengan aktiviti lakonan.
Dalam perkembangan sama, Rozita berkata, dia tidak tahu bagaimana
gosip tentang mereka tersebar dan enggan melayan perkara yang disifatkan
sebagai remeh.
Dia juga tidak pasti sama ada cerita itu sengaja disebarkan untuk
memburukkannya atau ada pihak yang cemburu melihat hubungannya dengan
Zain, 29.
"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," jelasnya ringkas.
Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak akan berehat sepanjang bulan
Ramadan nanti kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Rumah Kedai selain beberapa projek lain sebelum bercuti berhari raya.
"Walaupun akan sibuk bulan puasa ini tetapi Alhamdulillah itu semua
rezeki untuk saya dan keluarga malah saya hanya akan bercuti sekejap
sahaja pada hari raya nanti
No comments:
Post a Comment