Top Blogs

Tuesday, July 9, 2013

Home » » Bermalam dengan mayat rakan

Bermalam dengan mayat rakan

Malah, lelaki terbabit, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya,
Rosadee Korlaeh, juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.
KUALA KRAI - Seorang lelaki warga Thailand terpaksa ikat seluar rakannya yang mati lemas dengan tali pengikat bot bagi mengelakkan mangsa hanyut dibawa arus selepas bot mereka terbalik di Sungai Kelantan, dekat sini, malam kelmarin.
Rosdi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin ketika mereka keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.

Katanya, dia yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.

“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali tarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.

“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.

Rosdi berkata, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” 

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...