Top Blogs

Tuesday, July 9, 2013

Home » » Nurul Wahab Gembira Bakal Terima Anak Lelaki

Nurul Wahab Gembira Bakal Terima Anak Lelaki

nurulPenyanyi Noorul Huda Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul wahab mengakui teruja

apabila mendapat tahu bakal menimang cahaya mata lelaki pada Oktober depan.

Nurul, 36, berkata, dia memang berharap agar dikurniakan seorang anak lelaki sebagai pelengkap kehidupan rumah tangganya bersama Eric Daniel Depp, 48.

"Saya baru diberitahu bayi dalam kandungan adalah bayi lelaki dan Alhamdulillah saya gembira sangat.

"Saya memang mengharapkan untuk mendapat bayi lelaki sebagai pelengkap keluarga kami," katanya ketika ditemui pada pertandingan akhir Ceria Popstar, .

Tambah Nurul, anak pertama hasil perkongsian hidup bersama komposer Ajai, Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 15 tahun bertindak menjadi penjaganya sepanjang mengandung.

"Ayu sangat gembira nak dapat adik, dia yang banyak jaga saya di rumah. Kalau apa sahaja saya tidak buat dia akan membebel," katanya.

Tambah Nurul, dia juga sudah membeli barang keperluan bayi sebagai persediaan awal.

"Memang orang kata tidak elok kalau beli awak-awal barang bayi, tapi sekarang sudah masuk enam bulan mungkin sudah boleh beli sikit-sikit.

Sementara itu, Nurul berkata, dia akan bercuti ke rumah mertuanya di Perancis pada Isnin ini selama sebulan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana.

"Saya sengaja bercuti dan kesempatan itu juga saya ambil untuk belajar bahasa Perancis dan mempraktikkan di sana.

"Kalau di Malaysia sudah beberapa kali saya ambil kelas tetapi tidak dipraktikkan hingga terlupa,"

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...