Jeffro Uitto berasal dari Tokeland, Amerika Syarikat (AS), melebarkan sayap kreatifnya menerusi kayu-kayu dan akar yang dikutip di pinggir laut Washington kemudian mengukirnya mengikut imaginasinya.

Menurut Uitto, beliau hanya mengukir objek bersaiz melebihi manusia yang mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan.

"Paling cepat pun saya hanya mampu menyiapkan satu ukiran dalam tempoh sebulan," katanya dipetik MailOnline

Disebabkan terlalu mencintai dunia ukiran, Uitto berjaya membuka sebuah kedai menjual hasil kreativitinya itu di Tokeland.

Hasil kerja tangannya kini, amat popular di kalangan penduduk tempatan dan sering mendapat tempahan eksklusif.

"Saya sangat sukar bekerja dengan kayu kerana ia indah, bentuk semula jadi dan memberi nafas baru kepada saya.

"Saya sering menggabungkan ukiran dengan pelbagai jenis kayu," katanya yang sering keluar mencari kayu hanyut ketika musim sejuk.
Sumber