Top Blogs

Monday, July 1, 2013

Home » » Konvoi berdarah

Konvoi berdarah

Kota Tinggi: “Sepanjang konvoi mereka amat ceria dan tak sangka ini konvoi terakhir
saya bersama mereka,” kata Shahil Zulfyri Muhd Zulkeri, 24, rakan kepada dua penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, maut di tempat kejadian apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori tangki.
Lori berkenaan ketika itu melintang di tengah jalan selepas cuba mengelak daripada melanggar kereta yang berhenti mengejut dan kejadian berlaku ketika hujan renyai. Shahil Zulfyri berkata, konvoi yang dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk pulang ke Kuala Terengganu itu membabitkan lima kereta dan 16 motosikal berkuasa tinggi.
Menurut Shahil, ibu bapanya iaitu Muhd Zulkeri Embong, 49, dan Anisar Muhammad, 49, turut menyertai konvoi berkenaan dengan menunggang dan membonceng motosikal Harley Davidson manakala dia memandu kereta

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...