Top Blogs

Friday, March 8, 2013

Home » » Justin Bieber Diminta Tinggalkan LA

Justin Bieber Diminta Tinggalkan LA

PERILAKU Justin Bieber yang semakin pelik sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai
sehingga dia diminta untuk meninggalkan segera Los Angeles (LA) oleh rakan-rakannya.
Menurut laporan portal Dailymail.co.uk, rakan-rakan Justin menganggap perilaku Justin, 19, yang semakin liar berpunca daripada persekitaran penyanyi itu di bandar raya terbabit.
"Semua keburukan itu mula kelihatan sejak dia (Justin) berada di LA. Dia banyak menghabiskan masa di sana (LA) sehingga kelakuannya mula berubah.
Justin semakin gemar keluar di depan khalayak dengan imej menunjukkan seluar dalamnya tanpa berbaju.
"Jadi, adalah lebih baik dia keluar sahaja dari tempat itu," kata sumber.
Sumber lain pula mengatakan Justin masih mencari identiti dirinya sendiri dan jika tidak bertegas, berkemungkinan besar dia akan hanyut dengan perkara-perkara negatif.
Sebelum ini, Justin telah pun menunjukkan perilaku tidak senonohnya dengan keluar tanpa memakai baju, menghisap ganja dan melanggar peraturan jalan raya.
Kelewatannya dalam membuat persembahan dalam sebuah konsert turut membuatkan orang ramai bengang dengan sikapnya itu
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...