Baki hutang drama sebuah syarikat produksi terhadap pelakon
Ezany Nizariff yang tertangguh sehingga melibatkan kes polis akhirnya
selesai
apabila pelakon itu menerima kembali RM3,500 selepas dibantu
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff, 40, berkata, dia menerima cek daripada produser Titian Dua iaitu Andy dari syarikat NR Network pada 29 Jun lalu dan sudah menunaikan cek berkenaan pada 7 Julai lepas.
“Alhamdulillah... akhirnya masalah saya dengan syarikat produksi itu
selesai. Hutangnya kepada saya sudah dijelaskan selepas pihak Karyawan
membantu saya menuntut kembali hak saya,.
Pada 17 Jun lalu Ezany bersama enam orang kru produksi drama Titian Dua
telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dekat bagi
menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak
dibayar kepada mereka.
Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas
penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan
bagi menyelesaikan baki hutang kepada Ezany sebanyak RM3,500 manakala
kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah di antara RM20,000
hingga RM30,000 secara keseluruhan.
Bagaimanapun tunggakan terhadap kru dijelaskan oleh pihak produksi beberapa hari selepas laporan polis itu dibuat.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Karyawan, Dtuk
Freddie Fernandez dan Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut, Deen Maidin.
Ezany berkata dia mendapat wang berkenaan selepas Freddie mengadakan
dua kali pertemuan dengan Andy selain kedua-dua pihak berjaya mencapai
kesepakatan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.
Dalam masa yang sama kata Ezany, turut berterima kasih kepada
persatuan itu kerana telah membawanya bertemu dengan pihak pengurusan
RTM bagi menyelesaikan isu kononnya dia digam oleh stesen televisyen
berkenaan.
“Saya amat gembira kerana dua kes saya berjaya selesai dengan baik.
Saya mendapat semual wang saya dan masalah saya dengan RTM juga
ditangani dengan berkesan sekali. Selepas pertemuan dengan pihak RTM
itu, saya terus mendapat tawaran berlakon dua buah drama stesen TV itu.
Saya berterima kasih kepada RTM dan Karyawan,” katanya.
Dalam pada itu Ezany berkata dia kesal apabila kesnya itu dipandang
ringan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang kononnya menjaga
kebajikan artis kerana gagal menyelesaikan hal berkenaan dengan baik.
Ujar Ezany, dia telah membuat laporan pada bulan April lalu berhubung
dua isu berkenaan tetapi persatuan tersebut tidak mempunyai usaha
membantunya.
“Saya sedih apabila Seniman tidak melaksanakan tugas mereka selain
memberi pelbagai alasan sehinggalah Karyawan yang berusaha membantu
menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat selepas laporan dibuat
kepada mereka,” katanya.
Sementara itu Freddie berkata, faktor sesebuah aduan itu tidak dapat
diselesaikan kerana berkemungkinan sesebuah persatuan itu tiada
pengalaman untuk menangani sesebuah kes.
Dalam isu Ezany itu kata Freddie, pihaknya mengadakan pertemuan
dengan pihak RTM dan syarikat produski berkenaan untuk mencari jalan
penyelesaian sehinggalah semua pihak mahu menyelesaikan masalah yang
timbul.
No comments:
Post a Comment