Top Blogs

Tuesday, July 16, 2013

Home » » Emma Watson Dikatakan Meninggal Dunia

Emma Watson Dikatakan Meninggal Dunia

BERITA mengenai Emma Watson, tiba-tiba menjadi kecoh apabila dia dikatakan sudah meninggal dunia
pada Jumaat lalu.
Menurut laporan portal Dailymail, khabar angin itu mula tersebar di Internet kononnya wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia di Zermat Ski Resort di Switzerland.
Emma kononnya dilihat seorang saksi telah hilang pertimbangan ketika bermain papan luncur sehingga membuatkan dia jatuh dan meninggal dunia dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, jurucakap Emma terus membuat kenyataan bahawa berita tersebut adalah palsu.
Pada Sabtu lalu, khabar angin itu mula menjadi bualan apabila Facebook kelab peminatnya iaitu ‘R.I.P Emma Watson’ mendapat tanda 'like’ hampir 1 juta orang.
Berita palsu berkaitan kematian bukan sesuatu yang baru di kalangan selebriti Hollywood. Artis-artis seperti Jon Bon Jovi dan Usher juga pernah dikatakan meninggal dunia sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...