Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah berharap usahanya menguruskan badan
dapat membuka peluang untuk
pihak produksi memberikan tawaran kepadanya
berlakon semula.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia
telah memasuki kelas tarian zumba sejak tujuh bulan lalu dan mengamalkan
diet seimbang.
"Dulu berat badan saya 65 kilogram dan sejak mengikuti tarian zumba berat badan saya sudah turun 10 kilogram.
"Saya harap lepas ini banyak tawaran untuk berlakon sebab sebelum ini
ramai yang kata saya terlalu berisi untuk sesebuah watak," katanya
ketika ditemui selepas pelancaran segmen Air Tangan Ibu di program Wanita Hari Ini, di sini, Isnin.
Bagaimanapun, jelas Ifa, dia masih banyak menerima tawaran
persembahan untuk majlis-majlis tertentu biarpun kurang dilihat di
televisyen.
"Alhamdulillah, banyak tawaran untuk persembahan dan pengacara
majlis. Saya masih lagi aktif, cuma jarang keluar televisyen sejak
akhir-akhir ini," katanya.
Sementara itu, sempena kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri,
dia mula menerima tempahan kuih raya yang diberi nama Saripah By Ifa
Raziah.
"Buat masa ini saya sibuk dengan bisnes kuih raya sepanjang bulan
Ramadan yang mana merupakan tahun kelapan saya menjual kuih raya dan
kali ini saya mempunyai lima pekerja untuk membuat pelbagai jenis kuih
raya.
"Untuk itu juga, saya terpaksa mengehadkan persembahan bagi memberi perhatian kepada perniagaan ini,"
No comments:
Post a Comment