Top Blogs

Wednesday, July 31, 2013

Home » » Identiti lelaki Chetz muatnaik video hina Islam disiasat

Identiti lelaki Chetz muatnaik video hina Islam disiasat

video Chetz hina IslamBerikutan penyebaran video Chetz yang didakwa menghina Islam menerusi laman youtube,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarah untuk membuat siasatan.
Menurut Datuk Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan tersebut kerana video dianggap boleh mengganggu sensitiviti umat Islam.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu."

Dalam rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar di kawasan perkarangan masjid dengan berlatarkan lagu Takbir Raya.
Chetz yang dilihat memakai Baju Melayu hitam kemudiannya membasuh kaki anjingnya, mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu)."
Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Sumber"

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...