Top Blogs

Tuesday, July 30, 2013

Home » » Tiz Zaqyah Dedah ‘Dunia Artisnya’ Pada Kekasih

Tiz Zaqyah Dedah ‘Dunia Artisnya’ Pada Kekasih

Tiz-Zaqyah1Kisah pelakon putih gebu, Tiz Zaqyah sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai

Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Selepas bersikap terbuka apabila boleh dikata aktres ini sering berkongsi bersama peminatnya menerusi laman Instagram mengenai hubungan cintanya, dan semalam Tiz nampaknya sudah berani ‘memperkenalkan’ kekasihnya pada pihak media.

Ini kerana sewaktu di majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita, kelihatan lelaki yang boleh tahan tampan itu turut hadir sama menemani Tiz.

Bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk, tetapi kata Tiz, kehadiran kekasihnya itu bersamanya malam tadi hanya kebetulan. Malah peluang itu secara tak langsung digunakannya untuk memberi pendedahan mengenai dunia artisnya, kepada pemuda itu.

“Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti.

“Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini”, kata Tiz Zaqyah sambil tersenyum.

Hampir setahun menjalin hubungan cinta, sepertimana pasangan lain yang sedang bercinta, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbincang soal masa depan hubungan mereka. Namun masih terlalu awal untuk mereka memikirkan untuk membawa perhubungan mereka ke selangkah lagi ke depan – bertunang ataupun berkahwin.

Tiz Zaqyah bersama teman lelakinya, Daniel Haziq sewaktu di majlis sidang media drama bersiri ‘Jodoh Itu Milik Kita’ bertempat di Lot10, semalam.Tiz Zaqyah bersama teman lelakinya, Daniel Haziq sewaktu di majlis sidang media drama bersiri ‘Jodoh Itu Milik Kita’ bertempat di Lot10,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...