Top Blogs

Friday, July 19, 2013

Home » » Aaron Maki Peminat Di Instagram

Aaron Maki Peminat Di Instagram

Aaron-Aziz-565x325Jika sebelum ini selebriti seperti Nabila Huda, Nora Danish dan Datuk Siti Nurhaliza pernah dikritik serta dikecam teruk

peminat di laman Instagram, kali ini tiba giliran pelakon yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana, Aaron Aziz mendapat tempias yang sama.

Namun, tidak seperti selebriti yang lain, Aaron dilihat lebih senang membalas kritikan tersebut melalui Instagramnya dengan memaki hamun peminat yang mengutuk gambar anaknya yang dikongsikan menerusi laman sosial tersebut.

Menerusi gambar tersebut, peminat menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan.

AA

Pelakon itu terus membidas kritikan tersebut dengan cara yang agak kasar malah sudah membuang komen-komen yang dilihat mengguris hati pelakon tersebut.

Aaron Aziz

Aaron turut menyuruh mereka yang memberi komen tersebut supaya menyimpan nasihat bodoh mereka itu di dalam jamban.

Marah benar nampaknya abang Aaron kita ni.

Mungkin ini adalah caranya untuk melindungi anak-anak serta keluarganya daripada diperkatakan umum

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...