Top Blogs

Tuesday, July 9, 2013

Home » » 26 Penari Tiang Dicekup Di Kepong

26 Penari Tiang Dicekup Di Kepong

PelacurKUALA LUMPUR – Keasyikan 26 pelayan pelanggan (GRO) melakukan aksi tarian tiang terbantut apabila

polis melakukan serbuan di dua premis hiburan di Taman KIP, Kepong, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi itu, enam daripada GRO terbabit warga Thailand, empat Vietnam dan dua China, manakala selebihnya rakyat tempatan, termasuk seorang remaja 16 tahun.

Menurutnya, 12 GRO asing itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

“Siasatan mendapati GRO ditahan berpakaian seksi dan menunggu di hadapan premis bagi menarik perhatian pelanggan, sebelum menghiburkan mereka dengan tarian tiang.

“Mereka juga bijak mencari wang lebih dengan mengumpul tip hasil jualan kalungan bunga dan mahkota bernilai RM10 dan boleh mencecah sehingga RM100,” katanya.

Beliau berkata, semua GRO terbabit dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang berminat.

“Semakan menunjukkan dua premis hiburan yang beroperasi sehingga jam 4 pagi itu dipercayai dimiliki dua individu sama

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...